Saturday, 19 May 2012

Petua mudah hilangkan bekas gigitan nyamuk pada kulit bayi

Bagaimana nak hilangkan bekas gigitan nyamuk pada kulit bayi.

Kulit bayi yang sensitif meninggalkan kesan merah akibat digigit nyamuk tetapi boleh dirawat dengan berkesan dengan sebarang krim serangga atau melalui kaedah petua tradisional.

Berbeza dengan sesetengah bayi, bekas gigitan nyamuk sukar dirawat dan akhirnya menjadi bintik hitam.

Mengapa demikian?

Sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dikenali sebagai hyperallergic skin reaction.

Tetapi jangan risau kerana bekas hitam ini tidak permanent dan akan hilang mengikut masa.

Baby saya juga mempunyai  jenis kulit yang hyperallergic dan saya gunakan pelbagai krim dan petua menghilangkannya... tetapi kesannya tetap menjadi gelap.

saya temui petua ini melalui seorang teman.
 Kagum juga tengok anak buah dia. Kulit gebu bersih tanpa sebarang noda... takde bekas gigitan nyamuk langsung.

Mak dia tengok baby dia 24jam ke? So, tanya la teman ni, rupa-rupanya dia gunakan minyak air putih je hilangkan bekas merah tu.  Tak payah susah-susah dan pening kepala mencari penawar.

Caranya, sapu sedikit pada bekas gigitan 2-3 kali sehari, bergantung pada saiz bekas kemerahan tersebut. Bekas itu akan mengecil dan hilang sedikit demi sedikit.

Anda lihat, Memang tak ade kesan langsung....!



15/05/2013

Da lama sya tak update blog ni sbb busy keja... buat reader yang tertanya2 apa itu  minyak air putih... Nama lainnya ialah eucalyptus oil... Sangat mudah nak dapat kat mana-mana farmasi, guardian atau kedai... Ni dia figure nya...



 Yang biasa dijual di malaysia brand kangaroo atau parrot...




 And brand koala.....

15 comments:

Pinkrosehijau said... [Reply to comment]

minyak air putih tu macamane ye? terima kasih =.)

Anonymous said... [Reply to comment]

Minyak air putih atau minyak kayu putih? Mana nak dapat?

Vina Andy said... [Reply to comment]

@Pinkrosehijau
Minyak air putih atau nama lainnye eucalyptus oil... Bole tengo gambar kat atas.. baru je update...

Vina Andy said... [Reply to comment]

@Anonymous
Sangat mudah didapati kat farmasi, guardian atau watson... N mana-mana kedai pun ade jual...

Anonymous said... [Reply to comment]

Minyak kayu putih..br je beli tadi..

Anonymous said... [Reply to comment]

saya pun dh beli tadi... cian kt anak kena gigit nyamuk kt kepala ngan muka dia... berbintik2 dh... terima kasih ye atas petua ni.... banyak membantu... selain petua tu, bleh gak sapu susu ibu kt bekas gigitan tu... tapi saya dh xde susu ibu dah.. masa ada penah try kt anak dan mmg berkesan...

Vina Andy said... [Reply to comment]

@Anonymoussma2 puan

Anonymous said... [Reply to comment]

minyk kayu putih or air putih? konfius la..x g cr lg..

Anonymous said... [Reply to comment]

myk kayu putih or air putih? x g cr lg..mohon kepstian..tqvm

Vina Andy said... [Reply to comment]

@Anonymous Tmpt sy pnggil minyak air putih.. Lihat gambarajah utk kpastian

azreen said... [Reply to comment]

As salam sis...minyak air putih ini tuk kesan yg masih merah atau parut hitam tu pon bole hilang yer..bab bb sy br 9 month bile kene gigit nyamuk akn jadi parut hitam...expecially pd kaki...su x th cr utk hlgkn prut tersebut...hrp dpt share any petua or krim yg dpt menghilangkan parut hitam tersebut...

Anonymous said... [Reply to comment]

Kalau kat pipi takpe ke letak susu ibu? kang jadi kurap susu plak

Vina Andy said... [Reply to comment]

@azreen Minyak air putih kesannya sangat cepat kalau bekas ggitan masih merah.. Bekas hitam biasanya akan hilang mngikut masa...

Vina Andy said... [Reply to comment]

@Anonymous Pengalaman sya letak kat pipi bayi tiada mslah pon.. ble sja..

Anonymous said... [Reply to comment]

Ni myk kayu putih. Byk kat farmasi, kedai ubat cina.