Saturday, 2 June 2012

Berapa awal boleh cek kehamilan?

 Sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk menjangka kehamilan mereka.
 Mereka menunggu selama 2-3 bulan kelewatan haid untuk memastikan kandungan mereka positif.

Tahukah anda kehamilan boleh dikesan seawal seminggu lepas persenyawaan melalui kehadiran  HCG dalam badan.

Apa itu HCG ?

HCG ataupun human chorionic gonadotrophin dihasilkan oleh embrio dan boleh dikesan pada saluran darah ibu seawal 6-8 hari selepas persenyawaan.

Cara yang tepat untuk mengetahui kehamilan seawal tempoh ini ?

Adalah melalui pengambilan sampel darah ibu. Ujian ini boleh mengesan sebarang level HCG bermula dari 0 dan sememangnya cara yang tepat untuk mengetahui positif hamil.

Boleh ke kita cek kehamilan sendiri pada tempoh ini?

Ujian yang biasa kita lakukan sendiri di rumah adalah ujian air kencing untuk mengesan HCG. Seawal usia kandungan ini, ujian air kencing sukar mengesan kandungan HCG yang sedikit iaitu di bawah ukuran 25.
 Ini menjejaskan ketepatan ujian.
Anda kenalah tunggu sehinggalah tempoh sepatutnya kedatangan haid. Ujian air kencing pada waktu ini lebih tepat.

1 comment:

mama wana said... [Reply to comment]

tq atas perkongsian ini. ringkas tapi membantu :)