Thursday, 6 September 2012

Bagaimana menambah ketinggian secara semulajadi selepas akil baligh.

Kebanyakkan kita berpendapat selepas mencapai  tempoh matang ataupun akil baligh, ketinggian badan akan berhenti setakat itu sahaja.

Namun begitu, anda sebenarnya boleh menambah ketinggian sehingga 2-6 inci. Apa yang anda perlukan adalah semangat kecekalan dan cara yang betul untuk melakukannya. Ketinggian boleh dicapai walaupun selepas anda berusia 18tahun!

Baca tips ini ;

1. Lakukan senaman mudah seperti skipping menggunakan tali,bergantung pada tiang, melakukan regangan badan ( Contohnya berdiri di atas jari kaki anda dan sebagainya). 
Senaman ini boleh dilakukan sebagai rutin harian. Ianya bukan sahaja menambah ketinggian tetapi baik untuk kecergasan seluruh badan.

2. Jika anda seorang yang aktif dan bersukan, anda boleh mencuba sprinter. Proses ini meransang penghasilan hormon tumbesaran dalam kuantiti yang baik dan membolehkan tubuh anda bertumbuh secara semulajadi dengan baik.

3. Salah satu lagi cara mengalakkan penghasilan hormon tumbesaran adalah makan dalam kuantiti sedikit sebanyak 5-6 hidangan sehari.  Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan kalsium (produk tenusu )  dalam pemakanan anda serta banyakkan meminum air kosong.

4. Pemakanan seperti antibiotik dan ubat-ubatan bertindak  sebagai perencat tumbesaran. Ketahui  juga pemakanan lain yang boleh membantutkan tumbesaran semulajadi.

5. Amalkan yoga dengan kerap. Yoga sangat membantu dalam menambah ketinggian semulajadi melalui langkah membetulkan postur tubuh semasa aktiviti ini.

6. Salah satu kunci bagi proses ini yang mungkin anda tidak sedari adalah mendapatkan rehat yang secukupnya iaitu tidur 6 hingga 8 jam sehari.

7. Bermain bola keranjang membantu menambah ketinggian kerana ianya merupakan salah satu cara meregangkan badan dengan baik dan berkesan. Anda juga digalakkan berenang.

8. Elak mengangkat benda berat sepanjang proses ini. Anda disarankan untuk mengekalkan berat badan kerana dipercayai boleh menyebabkan ketinggian anda susut.

9. Tidur dengan posisi tubuh terlentang , tanpa bantal untuk mendapatkan postur yang baik pada tulang belakang.

No comments: